7:20 AM | Author: Hakim
Islam memandang tinggi kepada ilmu apatah lagi kepada orang yang mengamalkanya dan menyampaikannya kepada orang lain. Di dalam al-Quran dan hadith-hadith banyak dirakamkan saranan-saranan untuk menuntut ilmu dan kelebihan orang yang berilmu. Imam al-Ghazali r.h. menyatakan pekerjaan sebagai guru adalah pekerjaan yang amt mulia kerana jika tukang emas dianggap mulia kerana dia bekerja dengan logam yang dijadikan perhiasan yang mahal. Maka guru adalah lebih mulia kerana dia bekerja dengan sebaik-baik makhluk iaitu manusia dan bahagian yang disentuh oleh seorang guru pada anak muridnya adalah bahagian yang terpenting dan termulia dalam tubuh manusia iaitu hati. سبحان الله

Saidina Ali bin Abi Talib r.a. ada mengatakan:

ًأَنَا عَبدُ مَن عَلَّمَنِي حَرفا

"Saya adalah hamba kepada orang yang mengajarkan saya walau satu huruf"



Kepada semua guru-guru yang telah mendidik dan mengajar saya dengan penuh kesabaran dan ketabahan hanya Allah s.w.t. lah yang layak memberi anda sebaik-baik ganjaran. Maafkanlah dosa dan kesalahan saya selama saya menuntut ilmu dari anda serta halalkanlah ilmu yang anda ajarkan selama ini.

والله ولي التوفيق
8:03 PM | Author: Hakim
Setiap guru mesti sudah biasa mendengar perkataan seperti RPH(Rancangan Pengajaran Harian). Di sini ada contoh RPH yang saya buat sendiri tapi belum cukup baik lagi. Takpe kita Layaaaan...

و الله ولي التوفيق
8:02 PM | Author: Hakim
Ini adalah salah satu contoh aktiviti mencabar minda yang boleh digunakan untuk mengasah minda para pelajar untuk berfikir...Kuiz analitikal. Ulama'-ulama' silam banyak melakukan aktiviti ini di dalam kitab-kitab mereka kalau tak percaya buka kitab fiqh atau hadith yang lama-lama mesti jumpa perkataan "mas-a-lah" maknanya persoalan zaman sekarang orang panggil kuiz la tu ye tak. Kita layaaaan...

و الله ولي التوفيق
7:29 PM | Author: Hakim
Al-quran banyak memaparkan kisah-kisah kepada orang yang membacanya. Kisah umat yang terdahulu, peristiwa yang bakal terjadi dan pelbagai bentuk perumpamaan. Semua itu hanyalah untuk memberi pengajaran kepada umat manusia. Bak kata pepatah arab :

ِالعَاقِلُ مَنِ اتَّعَظَ بِغَيرِه

"Orang yang cerdik itu orang yang mengambil pengajaran dari orang lain"

Di sini tuan blog ingin berkongsi 2 buah cerita dengan pembaca-pembaca yang budiman sekelian. Kisah yang dinukilkan adalah kisah Imam Izzuddin Abdus Salam dan Kisah ahli ibadah yang diazab. Mudah-mudahan kita mengambil segala iktibar dan pengajaran dari kisah-kisah tersebut.

و الله وليّ التوفيق
7:25 AM | Author: Hakim

Di sini ada dititipkan sedikit slaid powerpoint untuk anda membantu anda memahami dan mengajar topik "Nikmat Dan Musibah Ujian Dari Allah S.W.T.".

Oh ya, Slaid ini menggunakan tulisan jawi. Jadi sila download font jawi dan "paste" kan di dalam komputer anda.

Moga-moga slaid ini membantu kita memahami hakikat nikmat dan musibah, dalam
usaha kita menjadi hamba Allah s.w.t. yang sempurna.

و الله ولي التوفيق
9:44 AM | Author: Hakim



Makanan adalah asasi di dalam kehidupan insan.
Islam tidak melupakan aspek sepenting itu bahkan menggariskan panduan supaya makanan yang mendarah daging ditubuh manusia itu bermanfaat di dunia dan akhirat dalam erti kata lain tidak memudaratkan dunianya (penyakit) dan akhiratnya (azab neraka). seperti sabda junjungan s.a.w. :

" كُلُّ لَحمٍ نَبَتَ مِن حَرَامٍ فَالنَّارُ أَولَى بِهِ "

Setiap daging yang tumbuh dari sumber yang haram maka nerakalah yang lebih utama baginya

Bukan ini sahaja makanan yang dihalalkan dimakan bahkan yang dihalalkan itu lebih banyak dari yang haram

Arak merupakan minuman yang diharamkan walaupun ia merupakan budaya yang sudah mendarah daging sekian lama di dalam kehidupan orang-orang arab. Mudarat yang dibawanya amat besar hingga Rasullullah s.a.w. memanggilnya "Um al-Khabaith" bermaksud Induk segala keburukan. و العياذ بالله

Anjing juga diharamkan di dalam Islam walau bagaimana disembelih sekalipun. Haram seperti ini dipanggil haram zatiy.

والله وليّ التوفيق