7:20 AM |
Author: Hakim
Islam memandang tinggi kepada ilmu apatah lagi kepada orang yang mengamalkanya dan menyampaikannya kepada orang lain. Di dalam al-Quran dan hadith-hadith banyak dirakamkan saranan-saranan untuk menuntut ilmu dan kelebihan orang yang berilmu. Imam al-Ghazali r.h. menyatakan pekerjaan sebagai guru adalah pekerjaan yang amt mulia kerana jika tukang emas dianggap mulia kerana dia bekerja dengan logam yang dijadikan perhiasan yang mahal. Maka guru adalah lebih mulia kerana dia bekerja dengan sebaik-baik makhluk iaitu manusia dan bahagian yang disentuh oleh seorang guru pada anak muridnya adalah bahagian yang terpenting dan termulia dalam tubuh manusia iaitu hati. سبحان الله
Saidina Ali bin Abi Talib r.a. ada mengatakan:
ًأَنَا عَبدُ مَن عَلَّمَنِي حَرفا
"Saya adalah hamba kepada orang yang mengajarkan saya walau satu huruf"
Kepada semua guru-guru yang telah mendidik dan mengajar saya dengan penuh kesabaran dan ketabahan hanya Allah s.w.t. lah yang layak memberi anda sebaik-baik ganjaran. Maafkanlah dosa dan kesalahan saya selama saya menuntut ilmu dari anda serta halalkanlah ilmu yang anda ajarkan selama ini.
والله ولي التوفيق
Category:
DPLI,
Isu Semasa
|
0 comments: